Pasangan selebrit Awal Ashaari dan Scha Al Yahya terkejut apabila anak tunggalnya, Lara Alana membenarkan dirinya disolek dan dipakaikan gaun.

Kata Scha, setiap kali dia cuba untuk memakaikan Lara, 3, dengan gaun kembang atau menata riasnya, si cilik itu akan serta merta menolak.

Situasi melucukan itu berlaku ketika mereka sekeluarga bercuti di Hong Kong pada cuti perayaan Deepavali bulan lalu.

"Lara tak pernah benarkan saya menyolek atau memakaikan dia dengan gaun kembang seperti princess, tetapi tiba-tiba di Disneyland Hong Kong dia pula yang beriya-iya.

"Lucunya dia duduk diam dan tadah sahaja muka ketika disolek dan didandan.

"Mungkin sebab sudah masuk feeling jadi princess itu buat dia jadi sangat teruja," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Hong Kong Live in Kuala Lumpur di KLCC semalam.

Hong Kong Live In Kuala Lumpur With SchaAwaLara. #LIVEUPDATE #hkliveinkl #DiscoverHKwithSchAwaLara #DiscoverHongKong #HongKong #DiscoverHKlikeALocal

A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on



Tambah Awal, dia pada mulanya cuak apabila Lara mula dipakaikan gaun kembang kerana risau dia akan melarikan diri namun perkara yang terjadi pula sebaliknya.

"Seharian dia berkasut tumit tinggi dan berlari-lari pakai gaun kembang ala-ala princess.

"Sampaikan ketika tumit tertanggal pun dia minta saya pasangkan balik," katanya yang meluangkan masa selama enam hari di Hong Kong ketika itu.

Scha dan Awal dilantik sebagai key opinion leader untuk mempromosikan negara itu khusus untuk pelancong yang beragama Islam yang ingin ke Hong Kong.

Sepanjang berada di Hong Kong, Scha dan Awal berkesempatan melawat ke lokasi menarik seperti Disneyland, Madame Tussauds, Ocean Park, The Peak, Sky 100 Observation Deck dan Islamic Centre Canteen.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @awalashaari. @schaalyahya