Penyanyi dangdut popular Indonesia, Ayu Ting Ting mengakui belum bersedia untuk kembali berumah tangga semula dalam masa terdekat.

Menurut laporan Detikhot.com, Ayu mengakui dirinya kini sering didekati oleh ramai lelaki namun belum bersedia mempunyai hubungan percintaan yang serius.

"Sejujurnya saya masih trauma dengan lelaki dan buat masa sekarang mahu menikmati hidup sepenuhnya dengan anak saya, Balqis.

"Saya faham bukan mudah untuk lelaki diluar sana menerima status saya yang sudah mempunyai seorang anak.

"Namun, saya tidak menolak jika suatu hari nanti berjumpa dengan jodoh yang baik dan boleh memberi kebahagiaan kepada saya.

"Saya juga harus berhati-hati dalam memilih pasangan kerana tidak mahu gagal lagi dalam perkahwinan kerana kita tidak tahu apa niat sesorang itu terhadap saya," katanya.

Sebelum ini, Ayu Ting Ting pernah berkahwin bersama Henry Baskoro Hendarso sebelum bercerai pada 1 April 2014.

Sumber: Detikhot.com