Pelakon Nad Zainal telah selamat menimang cahaya mata lelaki pada 14 Oktober, jam 11.38 malam tadi.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, melalui akaun Instagram (IG)nya lima jam lalu.

Nad juga dilihat turut berkongsi nama dan gambar cahaya mata sulungnya bersama suami menerusi sebuah kapsyen Fahad Ibrahim Bin Muhammad Faliq.

Nampaknya kehadiran cahaya mata sulung Nad itu turut disambut dengan rasa syukur serta gembira oleh peminat-peminat Nad dan rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Menerusi sebuah laporan Nad mengakui berasa gementar menantikan saat-saat kelahiran anak sulungnya apabila mendengar pengalaman daripada rakan-rakan yang pernah melahirkan anak kerana ada di antaranya mengalami pengalaman menakutkan namun kini semuanya telah selamat.

Terdahulu, Nad dan suami, Muhammad Faliq telah melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember tahun lalu.


Fahad Ibrahim bin Muhammad Faliq

A photo posted by NAD ZAINAL (@nad.zainal) on



Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi