GV 3: Intan Sarafina Makan Kacang Botol Untuk Kekal Awet Muda

15 Oktober 2016. 9.50 AM
33,475
Hiburan
GV 3: Intan Sarafina Makan Kacang Botol Untuk Kekal Awet Muda

Penyanyi Intan Sarafina, 35, akui mengamalkan ulam-ulaman untuk  menjaga kesihatan serta kekal awet muda.

Intan Sarafina berkata ulam yang diamalkan dari dulu hingga sekarang adalah menjadikan kacang botol sebagai sebahagian makanan dalam setiap hidangannya.

“Saya tiada petua yang spesifik yang diamalkan tapi saya percaya jika kita perbanyakkan makan sayur-sayuran serta ulam-ulaman, sedikit sebanyak membantu mengekalkan keremajaan kulit.

“Selain sayur-sayuran, saya suka makan ulam-ulaman terutama kacang botol kerana ia sudah menjadi kegemaran saya dari dulu hingga kini,” katanya kepada Suudu.

Selain itu, peserta Gegar Vaganza (GV3) itu turut berkongsi tips lain yang diamalkan untuk mengekalkan bentuk badan yang ideal dan cantik.

“Saya suka berlari. Saya sering ikuti larian marathon.

“Bagi saya itu salah satu cara untuk saya keep fit kerana dengan marathon kita terpaksa habiskan larian tersebut walaupun sejauh 10 kilometer. Jika saya buat sendiri pasti hanya mampu 3 kilometer sahaja.

“Selain itu saya juga kawal portion hidangan yang saya ambil. Biasanya saya akan cuba tidak ambil terlampau banyak tapi sekali sekala tidak mengapa,” beritahunya.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu bakal muncul pertama kali dalam GV3 bermula 16 oktober ini setiap hari Ahad menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

Teks Oleh: Shafiqah Jalal 


Artikel Berkaitan