Bintang Gegar Vaganza (GV) 4, Haida Hafiz akui tidak mengambil serius komen negatif netizen sebaliknya menganggap setiap individu mempunyai hak untuk memberikan pendapat masing-masing.

Haida ketika dihubungi Astro Gempak berkata, walaupun ada segelintir yang mempertikai markah diperolehinya pada konsert kedua GV 4, penilaian dibuat oleh juri profesional.

“Terpulanglah kepada pendapat masing-masing kerana saya positif dan mengambil setiap komen sebagai pembakar semangat dan cabaran.

“Tak puas hati dengan markah yang diberi oleh juri...Siapalah kita untuk mempertikaikan kredibiliti mereka yang arif dalam arena ini,” katanya.

Ketika ditanya adalah dia menjangkakan mendapat markah tertinggi pada konsert kedua GV 4, Haida memberitahu perkara tersebut bukan fokus utama dirinya.

“Saya tidak pernah meletakkan sebarang target untuk setiap persembahan saya. Setiap minggu saya cuma fikirkan tentang yang terbaik untuk dipersembahkan kepada penonton.

“Sebagai seorang performer, ‘nombor’ bukanlah sesuatu yang penting untuk diberi perhatian,” jawabnya positif.

Imbas kembali komen juri, Datuk Ramli MS mengenai ‘sengau’nya ketika menyanyikan lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu pada konsert GV 4, Haida berkata, dia menerima teguran tersebut dengan lapang dada.

“Saya terima teguran Tok Ram (Ramli), dengan hati yang terbuka sebab dia master of music dan saya telah belajar banyak daripada dia dan masih lagi belajar sehingga hari ini,” ujarnya.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Foto: Instagram Haida Hafiz