"Ya, saya masih tunangan orang!" demikian tegas Remy Ishak ketika ditanya tentang desas-desus keretakan hubungannya dengan tunang, Ezza Yusof.

Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimie Ishak, 35, memberitahu sehingga kini mereka masih belum menetapkan tarikh pernikahan dan membuat sebarang persiapan.

"Sehingga kini kami masih belum ada tarikh untuk berkahwin, tidak pasti tahun depan atau bila.

"Tengoklah, kalau setahun belum rasa okey, saya akan panjangkan lagi tempohnya.

"Pertunangan ini satu tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat, jadi mesti ada cabaran masing-masing," katanya kepada Astro Gempak.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.

Remy dalam pada itu masih mengambil pendekatan sama untuk tidak berkongsi lebih mendalam tentang hubungan peribadinya.

"Saya tidak mahu terlalu terbuka bercerita tentang kisah peribadi kerana risau tak jadi.

"Lagipun, saya belum bersedia berkongsi sebab hubungan ini tidak sampai ke tahap yang sepatutnya (berkahwin).

"Kalau boleh biarlah saya seorang sahaja yang jadi selebriti. Saya tak suka mendedahkan banyak sangat kisah pasangan saya sebab nanti dia perlu berdepan banyak perkara," tambah Remy.

Alhamdulillah... Syukur kehadrat ilahi atas kurniaan-Nya. Terima Kasih Juri , ASK 2017, @rtm_malaysia Terima kasih kak @ermafatima .. Terima kasih kerana masih percaya & masih memberi peluang kepada saya utk sama2 menjayakan naskah yang betul2 mencabar kita semua dari proses awal hingga akhir. Pengalaman yg tak boleh dijual beli kak ❤️ Terima Kasih @azhan_rani , kak @elliesuriaty & @izreen.azminda untuk setiap energy & silaturahim yang dikongsikan sewaktu penggambaran dijalankan. Terima kasih utk kerjasama, kenangan dan pengalaman yang luar biasa. Terima kasih kepada semua krew teknikal produksi ‘Rumah karya Citra’ yg telah terlibat & turut bertungkus lumus membantu semua pelakon utk terus menghayati & menjiwai. Terima Kasih kepada rakan2 seperjuangan dalam bidang lakonan yg sentiasa menyokong & peminat yg selalu berdoa utk kebaikan dan kejayaan kepada saya. Semoga Allah membalas budi baik kalian semua. #pesandarituhan #ask2017

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on



Pada malam Anugerah Skrin 2017, Remy membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama menerusi naskhah Pesan Dari Tuhan.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @remyishak