Tahniah diucapkan kepada penyanyi Radhi (OAG) yang baru saja menyambut kelahiran anak keduanya pagi tadi (Sabtu).

Bayi lelaki itu selamat dilahirkan pada jam 2.40 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Rawang.

Sementara itu, Radhi juga telah berkongsi berita gembira tersebut menerusi sekeping foto yang dimuatnaik melalui akaun Instagramnya @radhioag kira-kira tiga jam yang lalu.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Radhi, dia meluahkan rasa gembira dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan cahaya mata kedua.

“Alhamdulillah... #MuhammadMuhammadRadhi Selamat #BismilLAHIRahmannirahim Amiiin,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, ruangan komen di Instagram Radhi dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh peminat dan rata-ratanya mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Terdahulu, Radhi dan Nor Shahira Ayu Zahiri telah berkahwin pada April 2014.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Aishah pada 30 Januari 2015.

Selain Radhi, pelakon Nad Zainal juga turut menimang cahaya mata pertama mereka semalam, 14 Oktober 2016.

NAD ZAINAL SELAMAT LAHIR BAYI LELAKI, NAMAKAN FAHAD IBRAHIM

Teks Oleh: Mya Amri

Alhamdulillah... #MuhammadMuhammadRadhi Selamat #BismilLAHIRahmannirahim Amiiin?

A photo posted by muhammad radhi razali (@radhioag) on