Konsert minggu kedua GegarVaganza 4 (GV4) yang bakal berlangsung malam ini menampilkan 12 bintang membuat persembahan dengan tema ‘Sekali Dengar Terus Melekat’.

Menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi, hos GV 4, Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan tiada penyingkiran untuk minggu pertama konsert.

Sementara itu di media sosial, peminat sudah mula meluahkan rasa tidak sabar dan gementar menantikan persembahan bintang kesayangan mereka pada minggu ini.

“Tak sabarnya tunggu malam ni, semua bintang hebat-hebat pula tu. Nervous!” – Faradini

“Perkara yang paling saya tunggu malam ini adalah menonton GegarVaganza dengan ibu saya pukul 9 malam nanti hahahah,” – Lena Elena


Astro Gempak senaraikan lagu tugasan untuk minggu kedua:

1. Aishah – Dingin (Ziana Zain)

2. Firman– Rindu Serindu-Rindunya (Spoon)

3. Hazami – Setengah Mati Merindu (Judika)

4. Liza Hanim – Aku Hanya Pendatang (Francissca Peter)

5. Lan Kristal – Karam (Zabarjad)

6. Tia Jimbara – Lagu Cenderawasih (Kriss)

7. Elyana – Masih Cinta (Kotak)

8. Syura – Ku Pendam Sebuah Duka (Datuk Khatijah Ibrahim

9. Ferhad – Harus Terpisah (Cakra Khan)

10. Aqasha – Aku (Datuk Jamal Abdillah)

11. Haida - Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latif)

12. Raja Azura – Apa Yang Ku Cari (Endang S. Taurina)




GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Mya Amri