Bertanding sebaris dengan bintang tersohor tempatan dan luar negara untuk Gegar Vaganza musim keempat (GV4), pengacara dan penyanyi Raja Azura menegaskan dia sentiasa bersedia dengan sebarang kebarangkalian untuk penyingkiran peringkat awal.

Kata Raja Azura, dia tidak kisah penyertaannya dalam GV4 dianggap sebagai 'pengisi ruang kosong', namun selagi dia masih bertanding dia akan cuba memberikan persembahan yang terbaik.

"Saya kena buat yang terbaik! Kalau tersingkir pun biarlah dengan cara yang terhormat dan tidak memalukan saya.

"Setiap pertandingan ada menang dan kalah, kalau tiada yang kalah bila pula akan habis?

"Bintang yang tersingkir tidak semestinya tidak bagus, rezeki di luar program GV4 masih ada. Sekurang-kurangnya selepas ini kalau ada tawaran untuk saya mengacara, penganjur pun sudah tahu saya juga boleh menyanyi," katanya kepada Astro Gempak.

Enggan patah hati kerana menduduki tangga tercorot minggu pembukaan GV4, Raja Azura akan menyanyikan lagu Apa Yang Ku Cari (nyanyian asal Endang S Taurina) untuk konsert kedua GV4 minggu ini.

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Digi Star Of The Week

Anda juga jangan lepaskan peluang mengundi Digi Star Of The Week pada setiap minggu dan berpeluang memenangi sebuah telefon pintar jenis Huawei P10 Lite.

Kami kongsikan bagaimanakah caranya.

1. Anda perlu memuat turun dan mendaftar masuk aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.

2. Klik MyDigi Rewards.

3. Pilih "Undi Pantas Digi 4G Plus untuk GegarVaganza 2017" pada bahagian Monthly Rewards.

4. Tekan butang Get Reward dan sahkan pilihan anda.

5. Klik MyRewards dan tebus kod undi.

6. Isikan kod undi anda di <www.gegarvaganza.com.my> untuk mendapatkan 3 undian ekstra bagi artis kegemaran anda.

Teks oleh: Amri Hassan