Tahniah kepada pelawak Ali Puteh yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan kira-kira pukul 6.15 pagi tadi (Sabtu).

Semalam pada pukul 10 malam Ali ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu, isterinya, Melati Fitri Abdullah, 27, telah dimasukkan ke wad selepas air ketubannya pecah.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 28, berkata dia bersyukur semua urusannya dipermudahkan dan berjalan lancar.

“Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar daripada mula sehingga anak kami dilahirkan. Anak dan isteri juga sihat.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” katanya.

Ali turut berkongsi berita gembira ini bersama pengikut di laman sosial Instagramnya, pukul 7 pagi tadi.

Namun, pelawak yang juga adik kepada Abam Bocey itu masih belum mendedahkan wajah dan nama anak sulungnya itu.

Dalam pada itu, Abam Bocey juga tidak ketinggalan memuat naik foto anak saudaranya itu di Instagram dan mengucapkan syukur di atas kelahiran si kecil tersebut.

Alhamdulillah kelahiran yg dinanti.... SYUKUR ALHAMDULILLAH ALLAH MAHA BESAR.... tahniah adinda @syedaliputeh dan @melatifitri_ dgn puteri yg baru dilahirkan... tumpang gembira kekanda.... ALHAMDULILLAH SYUKUR.... #nextgenerationsyedsharifah

A post shared by ABAM BOCEY (@abam_bocik) on


Ali dan Melati yang bercinta sejak menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, bergelar suami isteri pada 28 Mei 2016.

Foto: Instagram Ali Puteh, Abam Bocik