Bekas anggota kumpulan After School, Jooyeon menafikan spekulasi yang mengatakan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan ketua kumpulan BigBang, G-Dragon.

Perkara itu diakui oleh pihak agensi Jooyeon menerusi satu kenyataan ringkas kepada media.

“Kami telah bertemu Jooyeon dan dia mengesahkan bahawa khabar angin itu benar. Hubungan mereka hanyalah sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu,” jelas wakil agensinya.



Dalam pada itu, keakraban hubungan antara Jooyeon dan G-Dragon mula menjadi perhatian peminat selepas mereka memuat naik satu rakaman video pendek menerusi aplikasi Kwai baru-baru ini.

Video tersebut jelas memaparkan kemesraan mereka berdua apabila membuat aksi comel ‘dubmash’ bersama.



Bagaimanapun, video tersebut telah dipadamkan selepas mereka menyedari rakaman itu mula menjadi bualan peminat di laman sosial.

Sumber: Allkpop