Penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir, Datuk Ramli Sarip dan Kaka Azraff bakal memeriahkan Foodgasm Festival 2017 (#FoodgasmFest2017) yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

Mereka bakal menghiburkan orang ramai dalam konsert khas sempena Foodgasm Festival x PJ Fair 2017 yang akan berlangsung Sabtu ini di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, jam 8.30 malam.

Selain berhibur dengan artis terkemuka, pelbagai aktiviti lain yang boleh anda nikmati di #FoodgasmFest2017 pada Sabtu dan Ahad ini (4 dan 5 November 2017).

Antaranya aktiviti menarik lain ialah kemunculan Didie and Friends, peluang merasai pengalaman seperti di set Games of Thrones, Hot Air Balloon dan banyak lagi.

Bertemakan “Place Where Malaysians Unite”, #FoodgasmFest2017 dikenali sebagai salah satu acara makanan yang mampu menyatukan pelbagai golongan lapisan masyarakat dari pelbagai peringat umur.

Untuk info, #FoodgasmFest2017 bakal dimeriahkan dengan penglibatan 40 buah gerai jualan serta 18 buah “foodtruck” dan penganjur menjangkakan kehadiran 40,000 orang pengunjung untuk edisi kali ini.

Tips untuk mereka yang ingin berkunjung ke #FoodgasmFest2017, jangan lupa bawa bersama, payung, tikar dan kacamata anda, kerana #Foodgasm2017 pastinya akan memberikan anda satu pengalaman makanan yang menyelerakan.