Selepas berjaya mencatatkan kutipan sejumlah RM7 juta selepas 18 hari tayangan, filem Tombiruo: Penunggu Rimba akan mula dipasarkan di peringkat antarabangsa.

Dalam satu kenyataan, Astro Shaw mengumumkan filem berkenaan akan dipasarkan di luar negara melalui kerjasamanya dengan AMP International.

Pengarah Jualan Global dan Pengambilalihan di AMP International, James Norrie memuji produksi filem berkenaan sehingga menjadi filem berbentuk adiwira Asia yang berupaya membentuk peminatnya tersendiri.

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba membariskan bintang popular tanah air seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Datuk M. Nasir, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Faye Kusyairi.

Tombiruo: Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim yang digelar Tombiruo yang disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.

Filem terbitan Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan itu ditayangkan di 117 pawagam di seluruh dunia.

Ia diadaptasi dari novel yang ditulis Ramlee Awang Murshid.

Kepada sesiapa yang belum memonoton Filem Tombiruo: Penunggu Rimba, jangan lupa menyaksikan filem itu di pawagam terdekat,

Sumber: Astro Awani