5,000 Peminat Kim Rae Won Buat Pusat Beli Belah Sesak

15 Oktober 2016. 4.20 PM
50,557
Hiburan
5,000 Peminat Kim Rae Won Buat Pusat Beli Belah Sesak

Dengan kehadiran lebih 5,000 peminat, pelakon terkenal Korea, Kim Rae Won telah menyebabkan pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur sesak.

Kim Rae Won hadir ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat, ‘A Date with Kim Rae Won’ yang berlangsung pada Isnin.

Sememangnya populariti pelakon drama bersiri Doctors itu tidak dapat dinafikan lagi apabila ada peminat yang sanggup berkumpul di Pavilion seawal jam 9.30 pagi semata-mata untuk mendapatkan tempat yang strategik.

Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat Kim Rae Won dengan lebih dekat dan bersedia dengan kamera serta telefon pintar untuk merakamkan momen manis sepanjang acara tersebut berlangsung.

Sebaik saja muncul di pentas, peminat mula memberikan sorakan dan melambai-lambai ke arah pelakon tinggi lampai itu.

Kim Rae Won juga kelihatan terkejut dengan sambutan diberikan peminat dan mengucapkan terima kasih kerana menghadiri acara tersebut.

Walaupun kehadiran berusia 35 tahun itu hanya seketika, Kim Rae Won nampaknya begitu ramah melayan karenah peminat selain memberikan poster bertanda tangan kepada peminat bertuah.

Kepada peminat Kim Rae Won, jangan lupa saksikan drama Doctors yang akan ditayangkan dua episod sekaligus bermula 30 October ini, setiap Ahad, jam 12.45 petang di ONE HD (saluran 393).

BACA: DESTINASI PILIHAN UNTUK BERLAKON? SAYA PILIH MALAYSIA - KIM RAE WON

Teks Oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen