Penyanyi Syura Badron begitu sinonim dengan lagu yang bertemakan Irama Malaysia.

Menurut pemilik nama sebenar Zuraidah Badron, 31, peluang menyertai GegarVaganza 4 (GV4) akan digunakan sebagai landasan untuk menyerlahkan sisi berbeza Syura.

“Saya tahu peminat di luar sana selalu mengaitkan nama saya sebagai penyanyi lagu Irama Malaysia. Lagu Nazam Berkasih turut menjadi kegemaran peminat sehingga kini.

“Namun begitu, saya juga berkebolehan untuk menyanyikan lagu-lagu genre lain. Saya mahu menjadikan GV4 sebagai platform untuk saya menyerlahkan bakat dan mencuba untuk menyanyikan lagu dalam pelbagai irama berbeza,” kata Syura.

Tambah Syura, dia juga mahu menimba banyak pengalaman dalam GV4.

“Biarpun saya pernah menyertai pertandingan D’ Academy Asia di Jakarta tahun lalu, suasananya berbeza berbanding GV4.

“Kesempatan ini merupakan satu peluang keemasan untuk saya mengutip banyak ilmu. Saya mahu menimba banyak pengalaman dalam GV4,” katanya lagi.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @syurabadron