Jung Joon Young Tak Dapat Dihubungi, Masih Belum Tahu Berita Kematian Kim Joo Hyuk

1 November 2017. 9.52 PM
94,879
Hiburan
Jung Joon Young Tak Dapat Dihubungi, Masih Belum Tahu Berita Kematian Kim Joo Hyuk
Pelakon dan juga anggota rancangan Korea popular 2 Days 1 Night, Jung Joon Young masih belum mengetahui berita kematian rakannya, Kim Joo Hyuk yang terlibat dalam kemalangan tragis pada Isnin.
 
Difahamkan, Joon Young kini sedang menjalani penggambaran disebuah pulau untuk program ‘Law Of The Jungle’ sejak 29 Oktober lalu.
 
Menurut sumber, pihak ‘Law Of The Jungle’ yang berada di Korea masih cuba menghubungi produksi untuk memberitahu mengenai berita berkenaan namun gagal.


 
“Staf kami masih lagi cuba menghubungi mereka namun disebabkan kawasan tersebut adalah pulau, mereka tidak dapat menerima panggilan atau pun mesej daripada kami.
 
“Disebabkan itu kami berasa amat kecewa kerana tidak dapat menghubungi mereka,” katanya.
 
Produksi dan juga anggota ‘Law Of The Jungle dijangka pulang ke Korea pada 5 November ini.
 
BACA: HASRAT KAHWIN HUJUNG TAHUN TAK TERCAPAI, KIM JOO HYUK MAUT DALAM KEMALANGAN TRAGIS
 
Joon Young dan Joo Hyuk merupakan anggota 2 Days 1 Night dan mereka juga amat rapat antara satu sama lain bagaikan adik-beradik.

Malah, Joo Hyuk juga merupakan salah seorang abang kesayangannya (favourite hyung) dalam rancangan tersebut.
 
Dalam pada itu, peminat meluahkan rasa sedih dan tidak membayangkan reaksi Joon Young sebaik sahaja dia mendapat tahu mengenai berita tersebut.



“Sungguh sedih apabil dia tidak tahu mengenai berita tersebut. Bukan sahaja lambat tahu malah dia juga terlepas untuk menghadiri majlis pengebumian rakan baiknya pada 2 November. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan Joon Young,” – Samantha

“Saya tahu hatinya pasti hancur luluh sebaik sahaja melihat berpuluh-puluh mesej dan juga miscall daripada anggota 2 Days 1 Night sekembalinya dia ke Korea nanti,” – Ben

“Tolonglah cuba pelbagai cara utnuk menghubung Joon Young, pasti luluh hatinya sebaik sahaja dia mengetahui berita kematian abang kesayangannya (favourite hyung) dan dia tidak berpeluang untuk ucapkan selamat tinggal kepadanya…” – Cheel Chan


 Sumber: Soompi / Koreaboo
 

Artikel Berkaitan