Hamil Di Usia 50 Tahun, Janet Jackson Dihujani Ucapan Tahniah

16 Oktober 2016. 12.20 PM
68,208
Hiburan
Hamil Di Usia 50 Tahun, Janet Jackson Dihujani Ucapan Tahniah

Tiada apa yang lebih menggembirakan peminat selapas mengetahui penyanyi kesayangan mereka, Janet Jackson hamil di usia 50 tahun.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Janet secara eksklusif kepada majalah People.

Majalah tersebut juga turut memamaparkan foto terbaru Janet Jackson yang sedang sarat mengandung.

“Terima kasih kepada tuhan terhadap rahmat yang diberikan oleh-Nya,” katanya pendek.

Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan penyanyi terkenal itu tercetus selepas satu foto yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai barangan bayi di London tersebar baru-baru ini.

Bagaimanapun, kakak kepada mendiang Michael Jackson itu tidak enggan mengulas mengenai berita tersebut walaupun ada beberapa foto merakamkan perubahan bentuk badannya selain perut yang kelihatan semakin membesar.

Janet dilaporkan bakal bersalin pada Januari tahun depan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di akaun Instagramnya, peminat meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Mereka juga mendoakan penyanyi kesayangan mereka itu sentiasa berada dalam keadaan sihat memandangkan usianya sudah mencecah 50 tahun.

Selain itu, peminat juga meminta Janet kembali aktif di Instagram supaya mereka dapat mengeikutu perkembangannya.

Olahan semula: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen