Bintang GegarVaganza (GV) 4, Aishah akui penggunaan alat ‘ear monitor’ sedikit sebanyak mengganggu persembahannya.

Menurut Aishah, 52, dia berasa kurang yakin ketika membuat persembahan kerana kekok menggunakan peralatan tersebut.

“Untuk konsert pertama memang saya berasa agak gugup, maklumlah sudah lama tidak menyanyi di pentas berskala besar seperti ini.

“Saya kurang yakin ketika membuat persembahan kerana tak biasa menggunakan ‘ear monitor’. Ketika sesi latihan, saya cuba beberapa kali untuk membiasakan diri.

“Sama ada pakai disebelah atau pun kedua-dua belah telinga membuatkan saya rasa sedikit kekok. Saya akui masih belum pandai nak seimbangkan ‘volume’ suara dan juga muzik yang saya dengar menerusi alat tersebut.

“Muzik kuat dan saya rasa suara kedengaran sangat jauh tetapi mungkin disebabkan dah biasa dengan lagu ini, saya menyanyi ikut naluri sahaja.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pengalaman banyak mengajar saya dan persembahan perlu diteruskan walaupun kita menghadapi masalah,” katanya.

Aishah ditemui selepas konsert pertama GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.

Dalam pada itu, Aishah memberitahu dia kurang berpuas dengan persembahannya pada malam tersebut.

“Ini merupakan pertama kali dalam hidup saya menyanyi menggunakan alat itu. Zaman-zaman saya dahulu peralatan sebegini belum ada lagi.

“Memang kurang puas hati dengan persembahan sebab belum pandai nak mengawal alat tersebut tetapi selepas ini saya akan lakukan yang terbaik.

“Biasalah untuk minggu pertama masih banyak perkara yang kita belum biasa, jadi sekarang bila sudah dapat rentak bolehlah saya tahu yang mana harus diperbetulkan,” jelasnya.

In Ear Monitor (IEM) merupakan peralatan yang digunakan oleh penyanyi untuk mendengar muzik dan vokal mereka dengan lebih jelas ketika melakukan konsert atau persembahan secara ‘live’.

Konsert pertama GV4 menyaksikan Aishah yang menyampaikan lagu Janji Manismu berada di kedudukan pertama dengan markah sebanyak 96%.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Wow! @aishahjmm dapat standing ovation!!! . . Tonton #GegarVaganza SEKARANG di Astro Ria & Ria HD atau secara online di ‪www.gegarvaganza.com.my‬,

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on


Foto: Instagram @aishahjmm

Teks oleh: Mya Amri