Nak Dapatkan Tubuh Cantik, Jangan Malas Jogging - Farah Quinn

16 Oktober 2016. 2.20 PM
44,343
Hiburan
Nak Dapatkan Tubuh Cantik, Jangan Malas Jogging - Farah Quinn

Bekas juri Maharaja Lawak Mega (MLM 2014), Farah Quinn mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing dan seksi.

Perkara itu sering dikongsi oleh Farah menerusi akaun Instagram (IG)nya dengan memuatnaik beberapa foto yang menunjukkan dirinya sedang melakukan senaman.

Antara senaman yang sering dilakukan olehnya ialah berlari (jogging).

Menurut Farah untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik bukanlah sebaliknya memerlukan usaha dan disiplin yang tinggi untuk melakukan senaman selain menjaga pemakanan.

“Self discipline is super sexy, tubuh yang sehat ga jatuh dari langit... Kita harus punya kemauan dan disiplin untuk membentuk dan menjaganya. Mempunyai disiplin diri adalah hal yang sangat sexy,” tulisnya.

Tambah Farah lagi, jogging merupakan rutin hariannya dan dia berasa tidak selesa sekiranya terlepas daripada melakukan aktiviti tersebut.

“Monday morning face, muka bangun tidur tapi perasaan enak sekali setelah lari pagi atau olah raga apapun bikin hati senang... I'm addicted to that feeling,” tulisnya.

Dalam pada itu, Farah juga tidak kisah dan selesa berkongsi rutin hariannya di IG untuk tatapan peminat tersayang.

Kepada pembaca Astro Gempak, untuk mendapatkan tips gaya hidup sihat, jangan lupa saksikan program BHealthy yang disiarkan setiap hari Ahad, jam 7 malam di saluran Astro Bella (133) dan Mustika HD (134).

Teks Oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan