Pelakon drama Korea popular, Descendants of The Sun, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup hari ini.

Majlis tersebut berlangsung di Hotel The Shilla di Seoul, Korea Selatan dan dihadiri oleh keluarga serta rakan rapat pasangan berkenaan.

Antaranya Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook, Cha Tae Hyun, Yoo Ah In, Park Bo Gum dan juga Zhang Ziyi.

Walaupun perkahwinan itu berlangsung secara tertutup namun beberapa keping gambar dan juga video pasangan ini tular di media sosial.



Foto dan video tersebut menunjukkan suasana meriah di lokasi majlis perkahwinan itu.

Dalam pada itu, hashtag popular #SongSongCoupleWedding telah menjadi trending dunia di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.

#SongSongCouple merupakan hashtag yang digunakan oleh peminat untuk pasangan itu sejak drama lakonan mereka, Descendants Of The Sun ditayangkan tahun lalu.



Menerusi hashtag tersebut, rata-ratanya memberikan ucapan tahniah dan meluahkan rasa gembira melihat pasangan serasi itu disatukan.

Foto: Koreaboo / Soompi / Instagram: @mysongsongcouplezone