Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa bimbang apabila anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar
yang kini sudah berusia empat tahun belum boleh bercakap.

Wawa menerusi akaun Instagram (IG)nya mengadu masalah anaknya itu yang kini hanya boleh bercakap dalam empat perkataaan sahaja.

Isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu turut meminta pendapat dan tip daripada peminat dan pengikut IGnya untuk berkongsi dengannya.

Assalamualaikum.... Attar 4 tahun da tapi belum pandai cakap lagi..4 words je bole cakap..mommies...korang ade tak anak lambat beckp?? ?? #Sharingiscaring

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on


Rata-rata telah berkongsi pengalaman serta tip yang boleh dilakukan oleh Wawa untuk menyelesaikan masalahnya.

Antaranya, Wawa diminta untuk membawa anaknya itu berjumpa dengan pakar kanak-kanak.

Selain itu terdapat juga peminat yang mengalami masalah yang sama terhadap anak mereka.

Foto: IG Wawa Zainal