Wow! Nampaknya episod kedua Famili LEGOLAND semakin mendebarkan!

Lucunya, ketika kumpulan biru dan merah sedang bersaing, Awal dan Sherry pula yang teruja melihat peserta menyelesaikan tugasan masing-masing.

Tambahan lagi apabila tugasan kedua-dua kumpulan melibatkan beberapa permainan di LEGO City yang menyebabkan kedua-dua hos program realiti kekeluargaan itu juga mahu mencubanya!



Dalam enam episod yang disiarkan, penonton dirumah juga pasti teruja melihat keseronokan dan tarikan berbeza yang terdapat di LEGOLAND Malaysia Resort.

Penonton juga dapat mengetahui segala jenis pertunjukkan dan ride yang terdapat di LEGOLAND Malaysia Resort, selain dapat melihat sendiri keunikan Hotel bertema LEGOLAND.



Kalau anda ingin tahu lebih mengenai LEGOLAND sambil berseronok, saksikan Famili LEGOLAND pada setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Sabtu, 10 pagi di Astro Ceria (611).

Tak rugi jika anda menonton program realiti pertama LEGOLAND ini kerana ada tawaran pakej istimewa Famili LEGOLAND. Saksikan rancangan untuk mendapat maklumat lanjut. Jangan terlepas peluang ini.

LEGOLAND Malaysia Resort merupakan LEGOLAND Park yang pertama di Asia yang terdiri daripada Theme Park, Water Park and LEGOLAND Hotel.

Lebih daripara 23 ribu Model Lego pelbagai karakter yang 100% diperbuat daripada LEGO ada di seluruh LEGOLAND dan terdapat lebih daripada 70 rides, pertunjukan dan pelbagai tarikan lain.