Pelawak dari Indonesia, Vicha, 29, mengalami bengkak pada pergelangan kaki akibat tersadung ketika menuruni tangga pentas konsert pertama Gegar Vaganza 4 (GV4) di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil malam tadi.

Kejadian itu menyebabkan pergelangan kakinya terpaksa dirawat dan dibalut oleh petugas keselamatan bagi mengurangkan bengkak sebelum mendapatkan rawatan lanjut.

"Selepas mahu menuruni tangga belakang pentas saya tersalah langkah dan kasut tumit tinggi yang saya pakai tersadung ke depan menyebabkan kaki saya terkehel.

"Saya hampir terduduk namun mujur ada Firman di sebelah saya ketika itu yang sempat menyelamatkan saya.

"Sakit memang sakit tetapi selepas dibalut saya harap tidak serius.

"Itulah akibatkan kalau terlebih gelak atas pentas," cerita Vicha sambil berseloroh yang ditemui selepas tamat konsert pertama GV4 malam tadi.

Vicha yang merupakan bekas anggota kumpulan Saywho muncul di pentas GV4 untuk mempromosikan segmen Gegar Vaganza Live Plus selepas bintang dari Indonesia, Firman selesai membuat persembahan.

Dalam perkembangan lain, Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman akan ke London pada pertengahan November untuk penggambaran drama bersiri 24 episod berjudul Toyol Ke London.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Amri Hassan