Demam GegarVaganza 4 (GV4) sudah bermula namun tahukah anda bahawa kuasa mengundi bintang kesayangan anda juga ada di tangan anda?

Menerusi Digi Star Of The Week, anda boleh mengundi bintang kegemaran anda di laman web www.gegarvaganza.com.my yang akan membolehkan mereka memilih segmen sendiri setiap minggu.

Lebih menarik, jika anda menjadi pengundi terpantas peluang cerah terbuka untuk ada memenangi sebuah telefon pintar jenis Huawei P10 Lite setiap minggu!

Bagi yang tidak menang hadiah utama, sembilan pemenang saguhati yang mengundi terpantas akan layak memenangi pas Internet Digi 2 gigabait selama tujuh hari.

Anda juga sebenarnya berpeluang untuk memberikan tiga undi ekstra sekali gus kepada bintang GV4 anda dengan memuat turun aplikasi MyDigi.


Kami kongsikan bagaimanakah caranya.

1. Anda perlu memuat turun dan mendaftar masuk aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.

2. Klik MyDigi Rewards.

3. Pilih "Undi Pantas Digi 4G Plus untuk GegarVaganza 2017" pada bahagian Monthly Rewards.

4. Tekan butang Get Reward dan sahkan pilihan anda.

5. Klik MyRewards dan tebus kod undi.

6. Isikan kod undi anda di www.gegarvaganza.com.my untuk mendapatkan 3 undian ekstra bagi artis kegemaran anda.


Mudah bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Jangan tunggu lama-lama, undilah bintang GV4 kesayangan untuk menobatkan mereka Digi Star Of The Week!


Jangan lupa untuk menyaksikan 12 bintang GV4 iaitu Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, dan Ferhad.

Konsert pertama GV 4 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) atau di aplikasi Astro Go dan On Demand.

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam bermula 16 Oktober ini.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Amri Hassan