Penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya kini sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun yang dikenali sejak dua tahun lalu.

Menurut Kaka, dia tidak mahu terburu-buru berbicara mengenai soal jodoh kerana mereka masih pada peringkat mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai soal jodoh kerana perkenalan ini pun masih terlalu baru. Apa yang saya boleh katakan, memang kami berkawan rapat dan dia (Mr N) saja (lelaki istimewa) yang saya kenali ketika ini.

"Pada usia sekarang, memang saya ada terfikir untuk mendirikan mahligai, cuma kami berdua belum berbincang untuk ke fasa itu lagi," katanya.

Kaka yang ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya berjudul Kembali, turut memberitahu, keluarganya ada menyuarakan keinginan untuk melihat dirinya mendirikan rumah tangga.

"Dia (Mr N) belum cakap apa-apa mengenai perkara ini dan saya juga enggan bercakap lebih-lebih, takut dikatakan syok sendiri. Apapun, alhamdulillah perhubungan kami baik dan diterima keluarga.

"Saya pula bukanlah tidak memikirkan soal jodoh kerana kerja, sebaliknya mungkin atas faktor komitmen saya pada famili.

"Memanglah mereka tidak menghalang untuk saya berkahwin, cuma saya ada terfikir, kalau saya berumah tangga kelak, bagaimana dengan keluarga?

"Saya memang menjadi harapan keluarga, sebab itu saya agak berat untuk melepaskan tanggungjawab terbabit.

"Saya tidak takut hendak memikul tanggungjawab sebagai isteri, cuma mungkin belum sampai masanya lagi," katanya.

Sumber: Berita Harian OnlinePenyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya kini sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun yang dikenali sejak dua tahun lalu.

Menurut Kaka, dia tidak mahu terburu-buru berbicara mengenai soal jodoh kerana mereka masih pada peringkat mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai soal jodoh kerana perkenalan ini pun masih terlalu baru. Apa yang saya boleh katakan, memang kami berkawan rapat dan dia (Mr N) saja (lelaki istimewa) yang saya kenali ketika ini.

"Pada usia sekarang, memang saya ada terfikir untuk mendirikan mahligai, cuma kami berdua belum berbincang untuk ke fasa itu lagi," katanya.

Kaka yang ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya berjudul Kembali, turut memberitahu, keluarganya ada menyuarakan keinginan untuk melihat dirinya mendirikan rumah tangga.

"Dia (Mr N) belum cakap apa-apa mengenai perkara ini dan saya juga enggan bercakap lebih-lebih, takut dikatakan syok sendiri. Apapun, alhamdulillah perhubungan kami baik dan diterima keluarga.

"Saya pula bukanlah tidak memikirkan soal jodoh kerana kerja, sebaliknya mungkin atas faktor komitmen saya pada famili.

"Memanglah mereka tidak menghalang untuk saya berkahwin, cuma saya ada terfikir, kalau saya berumah tangga kelak, bagaimana dengan keluarga?

"Saya memang menjadi harapan keluarga, sebab itu saya agak berat untuk melepaskan tanggungjawab terbabit.

"Saya tidak takut hendak memikul tanggungjawab sebagai isteri, cuma mungkin belum sampai masanya lagi," katanya.


Sumber: Berita Harian Online