Setelah lama menanti, akhirnya penyanyi Taylor Swift tampil dengan muzik video single terbaharunya, 'Ready For It?' menerusi saluran TaylorSwiftVEVO semalam.

Seperti biasa, Swift akan menampilkan kelainan dalam setiap klip video dan kali ini mewujudkan watak cyborg yang menyerupai dirinya.

Menerusi video tersebut, Swift kelihatan cuba untuk keluar daripada imej 'gadis baik' apabila cyborg yang menyerupai dirinya itu tampil dengan kostum mengikut bentuk tubuh dan berwarna kulit, seolah-olah tidak berpakaian.

Lagu 'Ready For It?' merupakan single kedua bagi album 'Reputation'.

Klip video itu sebelum ini ditayangkan secara ringkas menerusi akaun Instagram Swift pada Isnin.

Video klip bergenre fiksyen sains itu diarahkan Joseph Kahn, mengisahkan pertempuran antara cyborg.

Swift sebelum ini menggunakan penampilannya dalam video klip untuk bersaing dengan rakan seangkatannya seperti Katy Perry.

Video ini juga sinonim dengan konsep pergaduhan dua watak wanita seperti mana yang pernah diterbitkan Swift dalam video terdahulu seperti video klip 'Bad Blood'.


Sumber: Astro Awani