Rozaimi Zubaidi
Sat Oct 28 2017
Pelakon Kamal Adli meminta semua pihak agar tidak menyalahkan teman wanitanya, aktres Emma Maembong yang mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan mereka putus.
Sebelum ini, Emma membuat kenyataan mengenai hubungan cinta mereka telah bernoktah kerana kontroversi yang berlaku antara Kamal dan pelakon berdarah kacukan, Zahirah Macwilson.
“Saya tahu dia mengeluarkan kenyataan tersebut ketika sedang marah. Saya harap semua pihak tidak marah dan menyalahkan Emma.
“Apa yang berlaku antara kami merupakan khilaf saya sendiri. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Emma serta berharap agar semua orang faham keadaan kami dan tidak menyalahkan Emma.
“Jangan salahkan dia kerana apa yang dirasakan itu merupakan luahan hatinya sebagai teman wanita saya. Sebagai insan yang paling rapat dengan Emma, tentunya saya faham apa yang dia rasakan,” kata Kamal.
Tambah Kamal, dia kecewa dengan tindakan Zahirah yang memberikan tuduhan tidak masuk akal.
“Saya tak faham apa motif Zahirah sebenarnya. Isu membabitkan kami telah selesai dibincangkan sebelum ini.
“Saya mengaku salah saya kerana memetik namanya dan keluar dengannya bersama dua teman lain. Tetapi semua itu telah saya selesaikan ketika bertemu dengan Emma, Zahirah dan teman lelakinya, Zul Ariffin.
“Ada tiga pertemuan kesemuanya. Saya memohon maaf kepada semua pihak serta menegaskan saya dan Zahirah tiada hubungan.
“Semuanya telah diselesaikan secara baik tetapi lain pula jadinya apabila Zahirah memuat naik paparan beberapa bahagian perbualan WhatsApp kami di laman Instagram miliknya serta kenyataan yang diberikannya ketika ditemubual oleh pihak media.
“Apa motif dia? Kenapa muat naik sebahagian sahaja, lalu dia memadamnya? Saya ada banyak bukti tetapi saya sendiri malas mahu memanjangkan perkara ini. Kalau saya berlawan, sampai bila isu ini akan selesai?” katanya lagi.
Kamal juga enggan memanjangkan kontroversi dan berharap agar semuanya berakhir selepas dia memberikan kenyataan ini.
“Saya tak mahu panjangkan isu. Biarlah sampai di sini sahaja. Saya tahu keadaan Emma yang sedang marah dan biar kami sama-sama jernihkan hubungan yang kami bina.
“Alhamdulillah, semuanya semakin baik. Hubungan saya dan Emma juga ada perubahan positif. Saya juga sangat gembira kerana Emma datang dan menyokong saya di pentas akhir SSS2017,” katanya Kamal.
Kamal menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017) malam tadi.
Kamal yang merupakan anggota kumpulan King Musang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dan trofi.
Pentas akhir SSS2017 bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).
Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @emma_maembongofficial
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.