"Lambat Atau Cepat Perkembangan Anak Saya, Bukan Masalah Awak" - Awal Ashaari

27 Oktober 2017. 1.47 PM
42,004
Hiburan

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari berang apabila seorang pengikut akaun Instagram (IG)nya bertindak mengeluarkan pendapat yang tidak berasas mengenai perkembangan tumbesaran anaknya, Lara Alana.

Ia bermula selepas Awal memuat naik satu entri mengenai tokoh-tokoh yang berjaya tetapi bermula daripada usia yang lewat.
 
 

Take your time, breathe. · Repost from @coreyrasd 😍

A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on


Pengikut IG tersebut menurunkan komen dan berpendapat Lara seorang kanak-kanak yang perlu dibawa berjumpa pakar kerana didakwa mempunyai masalah perkembangan otak yang lambat.

Malah pengikut itu juga menasihati supaya Awal dan isterinya, Scha Al-Yahya lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran anaknya yang baru berusia tiga tahun berkenaan.



Awal yang tidak berpuas hati dengan komen tersebut telah membalasnya.

Menurut Awal, pengikut IG berkenaan tidak sepatutnya menuduh dan menghakimi cara keibubapaan mereka dengan hanya melihat perkembangan anaknya di laman IG sahaja.

Malah Awal memberitahu orang luar tak perlu risau kerana lambat atau cepat perkembangan anaknya itu adalah tanggungjawabnya kelak.



Sementara Scha pula turut memberikan komen yang sama dan memberitahu mereka mempunyai 'team' yang bagus untuk menyokong dan membantu perkembangan anaknya sejak usia 17 bulan.



Rata-rata peminat pasangan itu tidak bersetuju dengan pandangan diberi oleh pengikut IG itu kerana beranggapan ia agak kasar.

Foto:Instagram Awal Ashaari
Teks oleh: Syafiqah Jalal

Artikel Berkaitan