Pelakon Kamal Adli telah kehilangan motor besar berkuasa tinggi jenis Aprilia Shiver dan perkara tersebut telah dikongsi di laman sosial Facebook sahabatnya, Rafiudin Hasan.

Menerusi perkongsian yang dimuat nakk Rafiudin kira-kira jam 2 petang tadi, motor pelakon yang juga finalis Super Spontan Superstar tersebut didapati hilang pagi tadi.

Menurut Rafiudin, motor berwarna hitam bernombor plat WXW 4645 itu dipercayai hilang di kediaman mereka, di Taman Cempaka, Ampang.

Selain itu, Rafiudin turut meminta orang ramai menghebahkan perkara tersebut dan menghubungi nombor 017-2780948 jika ternampak kenderaan seperti yang dinyatakan.


Dalam perkembangan lain, Kamal Adli akan berentap bersama lapan peserta Ozlynn, Sharif Zero, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Achey Bocey, Shuk SYJ dan Fad Bocey di peringkat akhir Super Spontan Superstar 2017.

Pusingan akhir bakal menyaksikan semua peserta bersaing secara individu untuk meraih gelaran juara SSS2017.

Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, Jumaat ini (esok), jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.