Bekas anggota kumpulan EXO, Kris Wu menjadi perhatian peminat apabila dikatakan bakal berkolaborasi dengan pelakon Hollywood, Vin Diesel untuk sebuah lagu.

Spekulasi itu semakin hangat diperkatakan apabila Kris dan Vin mula berkongsi foto mereka menerusi akaun Instagram peribadi baru-baru ini.

Foto yang dimuat naik oleh Vin jelas menunjukkan mereka berdua berada dalam studio rakaman.

Studio vibes... 兄弟 Made a track with my lil bro Kris ? ? ? All love.

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on


Menurut laporan Koreaboo, Kris dan Diesel sebelum ini pernah tampil bersama dalam filem xXX: The Return of Xander Cage.

Namun kali ini, mereka bakal tampil dengan sebuah lagu yang belum diketahui judulnya.

Menariknya, Diesel juga pernah tampil dalam muzik video kris yang berjudul Juice.

Dalam pada itu, ruangan kome foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan rata-rata peminat menyatakan rasa teruja dengan berita gembira tersebut.

Foto berkenaan juga telah menerima lebih 713,000 likes dan hampir 4,000 komen.

Foto: Instagram @vindiesel