Mengucap panjang Miss K sebaik sahaja menerima kiriman emel yang mendedahkan perbualan seorang pelawak dengan artis wanita seberang tambak.

Bukan setakat berbual-bual mesra dan bersayang-sayang, malah pelawak yang sudah berkahwin ini tanpa rasa bersalah telah menghantar foto alat sulitnya kepada penyanyi dan pelakon Singapura tersebut.

Lebih memalukan apabila perbualan menjijikkan tersebut berlaku sekitar bulan Mei lalu ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Astaga! Siap minta teman di hotel! Tak rasa bersalah ke dengan isteri di rumah? Kalau tak rasa bersalah dengan isteri sekalipun, malulah dengan tuhan.

Licik tak licik si pelawak ini, isterinya langsung tidak dapat menghidu sikap hidung belang dia!

Bayangkanlah kalau pukul dua tiga pagi dok buat panggilan video kepada teman tapi mesranya di seberang tambak...Tergamak ek? Isteri tengah tidur, kau ayat perempuan lain?

Sorrylah Miss K kalau cerita-cerita kecurangan suami ni, memang emo sikit! Mendidih darah perawan Miss K! (Hai..Lagi lambatlah Miss K kahwin kalau macam ni...)

Miss K tak boleh hadam selepas membaca semua perbualan di antara si pelawak dengan artis wanita itu kerana seingat Miss K, pelawak ini tak pernah ada sebarang kontroversi dan berimej bersih.

Aduhai, betullah orang kata, jangan cepat menilai orang melalui luarannya sahaja. Minta maaf kalau Miss K kasar, tetapi zaman sekarang ni yang berserban pun ada pe’el luar biasa dan tidak terjangka.

Selain daripada perbualan, turut didedahkan rakaman voice note artis wanita itu dengan seseorang yang dipercayai temannya.

Dalam rakaman tu, artis wanita yang cantik rupa paras lagi menawan tersebut telah meluahkan rasa kasihan dan serba salah sekiranya isteri si pelawak dapat menghidu keintiman mereka.

Eh! Eh! pandai pula rasa bersalah...yang daripada awal melayan tu kenapa? Hai...entahlah...dua kali lima je dua-dua!

Okaylah, Miss K harap pelawak ini berubah dan sedarlah statusnya sebagai suami. Jangan musnahkan kepercayaan isteri, tak baik!

Oh ya, ini Miss K sertakan bukti, sebab takut nanti orang kata Miss K menulis syok sendiri!

1) Video call dan panggilan telefon dibuat pelawak sekitar Mei lalu.

2) Perbualan di antara pelawak bersama pelakon dan juga penyanyi wanita Singapura




Miss K: Sepandai-pandai tupai melompat...