Penyanyi Nubhan telah mengadakan majlis akikah buat anak sulung mereka, Aafiya Kamilia Ahmad Nubhan kemarin.
Kemeriahan sekitar majlis itu dikongsi penyanyi berkenaan di laman sosial Instagram (IG).
Nubhan dan isteri kelihatan manis sedondon memakai baju kurung dan baju Melayu berona ungu.
Aafiya pula kelihatan sangat comel apabila memakai gaun berona putih suci.
Menerusi foto yang dikongsi, Nubhan turut mengadakan majlis berendoi untuk puteri sulung mereka.
Aafiya dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira pukul 9.45 pada 10 Mei lalu.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis tersebut:
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita