"Tak Sabar Tunggu Adik Baru Aaisyah Dhia Rana" - Jurugambar Bagi Klu Che Ta Hamil?

24 Oktober 2017. 1.27 PM
5,535
Hiburan

Jurugambar peribadi Rozita Che Wan, Annas Easkey memberikan bayangan pelakon itu kini sedang hamil.

Annas Easkey menerusi akaun Instagramnya semalam mula mengucapkan tahniah kepada pelakon yang lebih popular disapa Che Ta itu sebelum mengemaskini sekali lagi akaun media sosialnya pagi tadi.

"Tak sabar tunggu adik baru Aaisyah Dhia Rana," tulisnya semalam.
 

"Kak Yam (Rozita Che Wan) doa yang baik-baik sahaja tetapi yang paling penting Jus Goyang Rapat memang mendapat," tulisnya.
 


Che Ta, 44, sekadar membalas ruang komen foto tersebut dengan emoji senyum namun sehingga kini masih belum memberikan respons terhadap khabar angin itu.

Peminat pula mula mengucapkan tahniah di ruang komen Instagram Annas Easkey dan Che Ta sendiri.

Pengacara Primadona itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @annaseaskey

Artikel Berkaitan