Finalis AF Megastar Tak Pulang Dengan Tangan Kosong!

24 Oktober 2017. 1.11 PM
56,985
Hiburan
Finalis AF Megastar Tak Pulang Dengan Tangan Kosong!
Konsert Akhir AF Megastar telah pun melabuhkan tirai dan penyanyi Idayu diumumkan sebagai juara bagi program nyanyian tersebut.

Kemenangan Idayu telah melayakannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, trofi sumbangan Astro, pakej percutian 10 hari 7 malam ke Turkey tajaan SelamatBercuti.com untuk dua orang dan e-gift card bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop.

Namun hadiah untuk finalis lain seperti Marsha, Bob, Syamel dan Shahir tidak diumumkan di pentas akhir tersebut.

Ketua Program Realiti & Format Astro, Namanzee Harris berkata meskipun hadiah untuk finalis lain tidak diumumkan di pentas akhir, namun pihak Astro sudah menyediakan habuan untuk mereka.

"Memang dari awal lagi konsep program ini hanya akan mengumumkan juara sahaja sebagai pemenang.

"Bagi kami finalis yang sudah mara ke pentas akhir adalah mereka yang mempunyai kelas tersendiri dan kami anggap semua sudah juara.

"Namun kami terpaksa akur kerana kami harus memilih satu sahaja bintang dari AF Megastar untuk diangkat sebagai juara.

"Pun begitu, kami sudah sediakan hadiah untuk finalis lain.

"Tetapi hadiah yang diberikan sama rata untuk semua finalis," katanya kepada Astro Gempak.

Finalis lain menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, trofi sumbangan Astro dan e-gift card bernilai RM3,500 sumbangan Go Shop serta beberapa hadiah yang belum dimaklumkan lagi.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari  www.watchod.com

Artikel Berkaitan