Drama bersiri Red Velvet bakal menemui penonton setia slot MegaDrama malam ini.

Membariskan nama-nama besar seperti Neelofa, Alif Satar, Amira Othman, Hafidz Roshdi, Nina Nadira dan Alif Hadi, drama adaptasi novel Red Velvet tulisan Acik Lana ini diarahkan oleh Hadith Omar.

Menerusi pemerhatian Astro Gempak di laman sosial, ramai teruja menantikan gandingan sulung Neelofa dan Alif.

Ramai peminat membayangkan drama bersiri ini akan menjadi fenomena seperti drama bersiri Dia Semanis Honey dan Suri Hati Mr. Pilot.

Ada juga yang tertanya sesama sendiri, adakah drama bersiri Red Velvet akan menarik seperti isi kandungan novelnya.

Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan Red Velvet dan peminat juga berharap agar drama bersiri ini dapat menghiburkan hati penonton.

Menerusi laman Instagram, terdapat lebih 11,000 entri yang menggunakan hashtag #RedVelvetDrama. Ini membuktikan ramai peminat sudah tidak sabar lagi mahu menonton drama bersiri ini.

Sama-sama kita saksikan drama bersiri Red Velvet yang bersiaran bermula malam ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @alifsatar