Kumpulan rock Khalifah mengakui pernah mengalami mengadakan persembahan di atas pentas uzur dan hampir roboh.

Peristiwa tersebut berlaku ketika Khalifah mengadakan persembahan di sebuah kawasan pedalaman, namun menyorokkan perasaan cemas kerana ingin menghiburkan peminat.

Vokalis Khalifah, Yabang atau nama sebenarnya Awang Sulong Oyong, berkata, biarpun ia merupakan pengalaman lalu yang sukar dilupakan namun kejadian tersebut benar-benar memberi kesan jika pentas itu roboh.

"Kami agak agresif sebenarnya di atas pentas tambahan lagi apabila berpeluang membuat persembahan terutamanya di kampung-kampung.

"Pernah suatu ketika semasa membuat persembahan kami berasa seperti pentas tersebut bergerak-gerak seperti hendak roboh namun kami berjaya habiskan persembahan tersebut dengan selamat.

"Jadi perkara itu membuatkan kami harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan termasuk keadaan pentas yang uzur dan tidak rata," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya, pengalaman sebegini yang membuatkan mereka menjadi lebih matang dan rasa begitu dekat dengan komuniti luar bandar.

Meskipun melalui pelbagai pelaman namun mereka tetap menyasarkan untuk menjadi sebuah band legenda suatu hari nanti.

Kumpulan yang popular menerusi lagu Hang Pi Mana dan Assalamualaikum Ustazah ini turut dianggotai tiga anggota lain iaitu Harry (gitar utama), Tony (Drum) dan Mayang (gitar bass).

Selain itu, Bercerita mengenai album terbaru, Yabang berkata, ini merupakan hadiah kepada peminat yang menantikan album terbaharu mereka yang bertajuk 'Cerita Kita'.

Album ini memuatkan 10 buah lagu antaranya Hang Pi Mana, Panji Hitam, Shalalala, Jika,Assalamualaikum Ustazah, Kerbau Di Payung, Tiada Esok, Puteri, Satu Kalimah dan Sebutir Bintang.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi