'Rihanna Drive'- Nama Jalan Sempena Nama Penyanyi Rihanna

23 Oktober 2017. 3.34 PM
1,864
Hiburan
'Rihanna Drive'- Nama Jalan Sempena Nama Penyanyi Rihanna
Rihanna baru-baru ini menerima penghargaan besar apabila namanya dipilih untuk menggantikan sebuah nama jalan di Barbados.

Menurut laporan Daily Mail, jalan tersebut berada di hadapan kediaman keluarga Rihanna yang terletak di St Michael Parish, Barbados.

Sebelum ini, jalan tersebut bernama Westbury New Road namun ia akan berubah menjadi nama 'Rihanna Drive'.

Kementerian Pelancongan Barbados juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.


Satu majlis sempena memahatkan nama Rihanna akan berlangsung pada 30 November 2017, yang juga merupakan hari sambutan kemerdekaan di Barbados.

Sumber: Dail Mail

Artikel Berkaitan