Kemunculan pengacara GegarVaganza (GV4), Jihan Muse dan Nabil Ahmad di konsert akhir AF Megastar malam tadi (Ahad) menghangatkan lagi suasana Royal Teater Shah Alam.

Perubahan bentuk badan Jihan yang sedang hamil enam bulan juga, menarik perhatian peminat.

Lebih melucukan gelagat Nabil dan Jihan menyakat juri tetap AF Megastar, Datuk Ramli MS (Tok Ram) mencuit hati peminat.

Perang mulut yang berlaku di antara hos GV dan Tok Ram, sudah cukup untuk membuatkan peminat program tersebut tidak sabar menantikan konsert pertama GV 4 yang bakal bersiaran pada 29 Oktober ini.

Di laman sosial Twitter, peminat GV sudah mula teruja dan ini komen mereka:

“Nabil dengan Jihan kuang hajo tak habih habih hahahahaha #afmegastar,” - @hiddenmiya

“Tak sabar GV4! Nak tengok ‘bickering’ antara Nabil, Jihan dan Tok Ram! #afmegastar,” - @amirahyasmin

“Kalau Nabil dengan Jihan dah masuk, ‘confirm’ Tok Ram kena hahaha #afmegastar,” - @noordaniel

“ Comelnya Jihan bawa perut, terus ‘happening’ pentas #afmegastar, ‘Coming next’ #gegarvaganza4,” - @atiqahfarhani


Jangan lupa untuk menyaksikan 12 bintang GV4 iaitu Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, dan Ferhad.

Konsert pertama GV 4 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) atau di aplikasi Astro Go dan On Demand.

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam bermula 16 Oktober ini.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Foto: Instagram @akademifantasia

Teks oleh: Mya Amri