Idayu Juara AF Megastar!

23 Oktober 2017. 12.14 AM
61,932
Hiburan
Idayu Juara AF Megastar!
Idayu menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara AF Megastar yang berlangsung di Teater Shah Alam, malam tadi (Ahad).

Gelaran tersebut melayakkan Idayu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, trofi sumbangan Astro, pakej percutian 10 hari 7 malam ke Turkey tajaan SelamatBercuti.com untuk dua orang dan egift card bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop.

Sementara tiada tempat kedua hingga kelima diumumkan pada malam ini.

Hadiah disampaikan Naib Presiden Bahagian Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Sementara itu, Syamel telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ultimate Performer AF Megastar sekaligus menerima ecard gift bernilai RM3,000 tajaan Go Shop dan sebuah trofi.

Konsert akhir ini turut menobatkan Marsha sebagai penerima Anugerah Terlajak Megastar yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan D’Herbs.

Pemilihan untuk anugerah khas yang diperkenalkan pada konsert akhir ini dibuat menerusi undian terbanyak orang awam di akaun sosial Instagram Datuk Seri Alif Syukri.

Konsert akhir AF Megastar menyaksikan lima finalis mempersembahkan dua tugasan iaitu menyanyikan single terbaru yang pertama kali diperdengarkan secara ekslusif pada konsert tersebut dan sebuah lagu cover.

Terdahulu, 12 bintang yang berjaya melangkah ke pentas AF Megastar ialah Adira (AF 8), Azhar (AF 2013), Ewal (AF 2014), Sufi (AF 2015), Indah Ruhaila (AF 2013), Amir Jahari (AF 9), Amir (AF 2016), Bob (AF 2), Idayu (AF 3), Marsha (AF 3), Shahir (AF 8) dan Syamel (AF 2015).

Artikel Berkaitan