Akademi Fantasia Diiktiraf Malaysia Book of Records!

22 Oktober 2017. 10.05 PM
1,905
Hiburan
Akademi Fantasia Diiktiraf Malaysia Book of Records!
Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF mencatat sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rancangan Nyanyian Realiti Televisyen Paling Lama Berlangsung.

Sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Pengasas Malaysia Book of Records, Tan Sri Danny Ooi kepada Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad diiringi Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal.

AF yang merupakan sebuah rancangan televisyen realiti pertama di Malaysia yang telah bersiaran selama 14 musim.

Program realiti yang mencetus fenomena  itu juga merupakan sebuah rancangan televisyen realiti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara dalam usaha menempatkan diri dalam industri hiburan.

Rancangan ini juga menyediakan tempat belajar yang menggabungkan konsep hiburan dan akademik bagi memudahkan pesertanya menyesuaikan diri.

Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri.

Terkini, AF menghimpunkan 12 bintang alumni dalam edisi khas AF Megastar dalam musim terbaharu yang bertujuan mengembalikan semula momen-momen manis yang pernah dilalui mereka suatu ketika dahulu.

12 bintang yang berjaya melangkah ke pentas AF Megastar ialah Adira (AF 8), Azhar (AF 2013), Ewal (AF 2014), Sufi (AF 2015), Indah Ruhaila (AF 2013), Amir Jahari (AF 9), Amir (AF 2016), Bob (AF 2), Idayu (AF 3), Marsha (AF 3), Shahir (AF 8) dan Syamel (AF 2015).

Artikel Berkaitan