Penyanyi lagu My All, Mariah Carey mengalami kerugian sebanyak USD$50,000 (RM200,000) selepas rumah agamnya yang terletak di Los Angeles dipecah masuk.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi Khamis lalu, penjenayah tersebut dilaporkan membawa lari beg tangan mewah dan aksesori berjenama.

“Kejadian tersebut agak pelik kerana penjenayah itu tidak membawa lari barang-barang berharga lain seperti barang kemas dan wang tunai yang bernilai jutaan ringgit.

“Mereka memilih untuk mencuri beg tangan serta aksesori mewah sahaja. Ketika kejadian, Mariah dan dua orang anaknya berada di New York,” kata sumber.

Kejadian tersebut tidak disedari oleh pengawal keselamatan rumah Mariah kerana sistem penggera rumah tidak berfungsi dan mengalami kerosakan.

Penjenayah dipercayai masuk menerusi tingkap bahagian atas rumah dan melakukan perkara terkutuk tersebut kira-kira jam 3.00 pagi.

Sumber: TMZ
Foto: Billboard