Ahli silap mata terkenal David Blaine berdepan tuduhan merogol seorang bekas model British di kediaman peribadinya di London.
Natasha Prince, 32, mendakwa dia dirogol David di Chelsea pada 2004 ketika usianya 21 tahun.
Natasha mendakwa dia khayal selepas minum vodka dan soda yang diberikan Blaine, lapor Daily Beast.
"Saya masih ingat ketika saya dinodai dan semuanya bergerak perlahan. Saya cuba untuk mengingati dan memikirkan kembali apa yang berlaku," ujarnya.
Semalam, siasatan polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan rogol pada tahun 2004 itu, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.
David diminta memberi keterangan di Britain.
Peguam bela Blaine, Marty Singer berkata kliennya menafikan dakwaan rogol atau apa juga serangan secara seksual terhadap mana-mana wanita, terutamanya dakwaan pada tahun 2004 itu.
“Klien saya akan bekerjasama dengan siasatan pihak polis kerana tiada apa untuk disembunyikan,” katanya.
Natasha yang merupakan bekas model majalah Vogue itu mendedahkan dakwaan tersebut kepada media susulan kes gangguan seksual membabitkan penerbit filem Harvey Weinstein.
Natasha pertama kali bertemu David di sebuah kelab malam di Knightsbridge dan dipelawa ke rumah rakan Blaine malam berikutnya.
Natasha membuat laporan polis pada 17 November tahun lepas.
Sumber: Astro Awani
Foto: Sumber laman web CelebrityInsider.org & BusinesaInsider.com
Kamaruddin Razal
Sat Oct 21 2017
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.