Aduhai...sehari dua ni timeline Miss K havoc orang bercerita pasal Mona dan Shahir naik juling biji mata Miss K ni haaaa.

Macam-macam yang Miss K baca sampai keluar panggilan-panggilan tak sepatutnya kepada Mona kerana kononnya menjadi perampas kebahagiaan Shahir dan kekasihnya, primadona filem Melayu, Erra Fazira.

Bagi Miss K, mudah sahaja...bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Bak kata Erra, biarlah Shahir selesaikan kontroversi yang dia sendiri mulakan.

Nah! Erra pun tak kuasa nak layan atau komen panjang-panjang...Jadi korang semua kat luar sana pun tak payah la jadi hakim tak bertauliah!

Senang cerita, tak perlu lagi dipanjang-panjangkan...Pembaca muak! Hari ini cerita Mona timbul lagi, katanya dia sedang bercinta dengan pemain bola sepak Terengganu. Hmmm...sampai dikaitkan dengan status ibu tunggal beranak duanya!

Eh! Halooo...sebelum ini pun si Mona tu tak pernah merahsiakan dia ibu tunggal. Memang di akaun media sosial pun dia ada nyatakan yang dia single mother..So apa isunya di situ?

Sebelum itu, bintang AF Megastar yang tersingkir pada konsert keempat, Ewal, pun tiba-tiba muncul membuat pengakuan kononnya hampir menjadi mangsa si Mona.

Ada juga yang melibatkan Syamel, seorang lagi finalis yang bakal bertanding pada malam Ahad ini di pentas akhir AF Megastar...Pfffttt...sudah-sudahlah lepas ini siapa lagi yang akan dikaitkan dengan Mona?

Kata Syamel, Mona itu ramai kawan...Jadi janganlah dikaitkan nama dia. Mereka pernah keluar makan berama-ramai pun...Rasanya kita semua boleh hormati permintaan Syamel kot ya?

Biarlah dia menjalani kehidupan harian dia seperti biasa...Jangan dirampas kebahagiaan dia, lagi pun siapa kita orang luar yang sewenang-wenangnya nak judge orang lain?

Apa sahaja yang berlaku di antara Mona dan Shahir, hanya mereka dan Allah yang tahu. Kalau Mona berbohong, masakan dia berani mengeluarkan segala bukti?

Kepada Shahir, pesan Miss K hanya satu...fokus sahaja pada pertandingan akhir Ahad ini. Sebagai seorang anak seni profesional, telan sahajalah pahit maung bergelar artis ya. Ini baru sikit Shahir, entah akan datang, bagaimana pula agaknya dugaan yang bakal awak tempuh!

Miss K juga berharap agar persembahan Shahir tidak terjejas dengan semua yang sedang berlaku ini. Ingat Shahir, ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Bersabarlah selagi mampu, berdoalah kerana doa itu senjata paling ampuh untuk orang-orang teraniaya. Miss K yakin, Shahir lebih arif tentang itu.

Selepas hari ini...Miss K harap tak ada lagi dah cerita tentang Mona yang diperbesar-besarkan! Muak laaa..Muak!

Miss K: Nak tengok Konti Karat di Astro Prima & lepas tu separuh akhir Super Spontan Superstar 2017 di Astro Warna supaya mood lari dari kontroversi yang memualkan!