Peminat Terpegun, Cantiknya Ibu Selena Gomez!

20 Oktober 2017. 8.00 PM
4,986
Hollywood
Peminat Terpegun, Cantiknya Ibu Selena Gomez!
Pelakon dan penyanyi Selena Gomez mendedahkan wajah ibunya sewaktu masih muda.
 
Selena telah memuat naik foto ibu kesayangannya yang sedang merangkul dirinya ketika masih bayi itu di akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
 
Foto tersebut telah mencuri perhatian para peminatnya yang terpegun melihat kecantikan ibu penyanyi berkenaan.
 
 

Momma and I

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on


Selena memuat naik foto tersebut untuk berkongsi momen ‘throwback’ ketika dia masih lagi bayi khas buat tatapan jutaan peminatnya.
 
Sehingga kini, foto itu telah menerima lebih 4 juta likes dan hampir 40,000 komen.
 
Foto itu juga turut menerima ‘likes’ oleh pelakon Neelofa dan Farid Kamil.
 
Foto: Instagram @selenagomez
 
Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan