Super Spontan Superstar 2017 Semakin Jahat, Kawan-Kawan Boleh 'Membunuh' Bila-Bila Masa! – Shuk

20 Oktober 2017. 6.52 PM
5,564
Zon Lawak
Super Spontan Superstar 2017 Semakin Jahat, Kawan-Kawan Boleh 'Membunuh' Bila-Bila Masa! – Shuk
Bintang Super Spontan Superstar 2017 (SSS 2017), Shuk, mengakui pentas SSS 2017 semakin menakutkan kerana ada kemungkinan disingkir kawan-kawan sendiri.

Shuk yang juga anggota kumpulan King Musang memberitahu, semakin sedikit bilangan ahli semakin mendebarkan kerana mungkin akan berlaku perkara yang tidak dijangka.

“Permainan ni memang jahat! Kawan-kawan ‘bunuh’ kawan-kawan, tapi itulah konsep permainan Super Spontan.

“Ia berkonsepkan survivor, nak tak nak kita kena keluarkan juga salah seorang daripada anggota kumpulan sendiri, walaupun kita tak suka.

“Saat yang paling saya tak suka ialah ketika meter penentu kedudukan bergerak, sebab berat untuk saya mengundi keluar kawan-kawan sendiri,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Shuk lagi, dalam sejarah Super Spontan yang disiarkan di Astro Warna, inilah pernglibatannya yang tertinggi.

“Dalam penglibatan Super Spontan di Astro Warna, inilah yang tertinggi saya kekal sehingga minggu ke -7. Sebelum-sebelum ini paling jauh saya pergi setakat minggu kelima sahaja. Terlepas badi!,” katanya ketawa.

Dalam perkembangan lain, Shuk juga merupakan peserta Super Spontan Upsize Singapore dan berjaya bertahan sehingga ke peringkat separuh akhir.

Malam ini pentas Separuh Akhir bakal menyaksikan kumpulan King Musang diketuai Shuib menentang Tenggiling Taiko yang diterajui Achey.

Kumpulan mana yang bakal menang pada malam ini dan siapa yang akan mara ke pentas akhir minggu hadapan, saksikan Super Spontan Superstar 2017 Separuh Akhir yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, Jumaat hadapan, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.



 

Artikel Berkaitan