Gempak Star Of The Week: Peminat Hantar Izzat Zin 'Si Pendaki Seksi' Mesej Lucah

18 Oktober 2017. 8.59 PM
3,760
Gaya Hidup
Gempak Star Of The Week: Peminat Hantar Izzat Zin 'Si Pendaki Seksi' Mesej Lucah
Izzat Zin popular dengan jolokan Si Pendaki Seksi dan menjadi sumber inspirasi kepada transformasi badan gempal ke kurus.

Proses itu mengubah Izzat menjadi individu baharu dan mencuri tumpuan di platform media sosial.

Bertugas sebagai jurulatih zumba di Kota Tinggi, Johor, Izzat antara anak muda yang mencipta fenomena tersendiri.

Berdarah kacukan India, Izzat banyak berkongsi tips untuk kurus dan menjaga penampilan. Jadi, kami kongsikan perkara-perkara menarik tentang Izzat Zin.

1) 140 kilogram

Mohd Izzat Mohd Zin dilahirkan pada 15 Julai 1986 dan merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Memiliki Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Selangor (Unisel) dan pernah memiliki berat badan 140 kilogram.

Inisiatif untuk memiliki tubuh badan sihat dan ideal mendorong anak kelahiran Kota Tinggi, Johor itu untuk mengamalkan diet hingga memperoleh berat terkini.

"Zaman sekolah rendah saya kurus, masuk sekolah menengan mula membesar dan terus membesar sehingga 140 kilogram.

"Tamat belajar kisah diet saya bermula. Caranya mudah, saya kurangkan pengambilan nasi dan gula hingga berjaya," katanya.
 

2) Galakan emak

Ibunya menjadi individu yang mendorong Izzat untuk menurunkan berat badan.

"Katanya kalau gemuk siapa nak ambil kerja," katanya yang berdepan cabaran mengawal nafsu makan.
 
 

Camera yang mana ni? Cantik lah mak saya ek? #family #Makakupalinglawa #adikakupalingromantik

A post shared by Si Pendaki Seksi (@izzatzin) on



3) Kacak dan kurus

Ramai yang beranggapan memiliki badan yang lebih kurus dan wajah yang kacak membuka banyak peluang.

"Kacak itu tiadalah, mungkin nampak lebih elok dan berkeyakinan berbanding dahulu.

"Apabila yakin, cara saya bersemuka dengan orang juga berbeza, lebih bersahaja dan tidak malu-malu," komen Izzat.
 

4) Man crush?

Izzat antara personaliti media sosial yang paling digilai oleh golongan wanita.

Mengakui akan perkara itu, Izzat sering dihujani mesej dan panggilan lucah daripada individu tidak dikenali.

"Kalau ada yang menghantar mesej yang terlalu menakutkan, saya akan terus block.

"Begitu juga panggilan telefon yang pelik-pelik. Ada yang telefon sekadar untuk ucapkan selamat malam sahaja," tambahnya.

5) Khusur Gang

Izzat mula mendaki gunung dalam usaha untuk menguruskan badan ketika berusia 19 tahun.

"Kalau tak masuk hutan saya boleh murung," katanya yang sudah mendaki ketujuh-tujuh gunung tertinggi Semenanjung Malaysia, Everest Base Camp dan Kallapthar di Nepal.

Perancangan Izzat, dia ingin menawan puncak gunung Khusur Gang di Pakistan pula.
 
 

5 hari 4 malam. Gunung Chamah and Gunung Ulu sepat. CUS 2.0 done. #ulusepat #hiking #hikers

A post shared by Si Pendaki Seksi (@izzatzin) on

 

I MISS Anyone nak join me next year. DM. hehe

A post shared by Si Pendaki Seksi (@izzatzin) on


6) Si Pendaki Seksi

Sering dilabelkan Si Pendaki Seksi, Izzat menjelaskan panggilan itu pada dasarnya sekadar gurauan kawan-kawan.

"Saya suka mendaki gunung menggunakan singlet dan seluar pendek, itu gelaran gurauan sebenarnya tetapi melekat pula sampai sekarang," jelasnya.

7) Suka tonton televisyen

Izzat mendedahkan dia mempunyai tabiat suka menonton televisyen.

"Saya sanggup curi masa walaupun 15 minit sebelum tidur setiap hari," katanya yang menggemari manisan berbentuk kek.

7) 5 tips kurus

Izzat menyenaraikan lima tips untuk kurus dengan kaedah sihat dan cepat.

1. Makan secara sihat

2. Wajib bersenam! Jangan malas

3. Jauhi minuman bergula

4. Jangan lepak dengan kawan-kawan kuat makan. Bahaya!

5. Bertabah! Tak mudah nak kurus
 
 

Lepak coffee tengah hari di Bev C, Johor Bahru. #jbisfun #johorbahru #pieceofme #coffee #jdt #johor

A post shared by Si Pendaki Seksi (@izzatzin) on

 

Hari Nike. Untung kalau duduk area2 JPO ni. #goodbyeJatomi #countingdays #thebestmanagementteam

A post shared by Si Pendaki Seksi (@izzatzin) on

 

🤓 #akubelibajuni

A post shared by Si Pendaki Seksi (@izzatzin) on


Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @izzatzin

Artikel Berkaitan