Pelakon Fattah Amin dan Alvin Chong bertarung dalam satu cabaran memasak menerusi episod terbaru The House musim ke-4.

Menerusi episod kelima itu, Fattah dan Alvin diberikan tugasan untuk memasak masakan yang berasaskan ikan.

Fattah memutuskan untuk memasak Ikan 3 Rasa manakala Alvin pula memasak menu Ikan Masak Stim.

Dua orang pelakon senior, Aleza Shadan dan Farouk Hussein menjadi panel penilai yang menentukan masakan mana yang lebih sedap.

Pelbagai gelagat lucu dan menggelikan hati terjadi ketika mereka berdua berentap dalam tugasan tersebut.

Biarpun masing-masing mengakui tidak pandai memasak, Fattah dan Alvin berusaha sehabis baik demi melunaskan cabaran tersebut.

Jangan lupa untuk menyaksikan gelagat mereka dalam musim terbaru The House!

Karakter sebenar Alvin dan Fattah juga kini dapat disaksikan dalam musim terbaru program realiti tersebut dan jangan lupa untuk menyaksikan keletah lucu dan mencuit hati mereka.

Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dan ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.

Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!

Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.

Teks oleh: Kamaruddin Razal