Bintang GegarVaganza (GV4), Hazami akui menjadi guru vokal bukanlah satu kelebihan untuk bersaing dalam program berkenaan.

Menurut Hazami, kehebatan vokal yang ada pada 11 bintang lain memang tidak dapat dipertikaikan.

“Jadi guru vokal bukan satu keistimewaan, lihat sahaja bintang yang masuk semuanya hebat-hebat.

“Mereka bukannya penyanyi baru sebaliknya profesional. Ada yang sudah berada dalam industri lebih 20 tahun.

“Jadi apa yang saya rasa ada sedikit kelebihan mungkin dari segi teknik nyanyian.

“Secara jujurnya apabila melihat kesemua bintang GV4, apa yang saya boleh katakan mereka semua ‘fantastic’, mereka adalah manusia yang hebat dengan kelebihan bakat,” katanya kepada Astro Gempak.

Penyanyi Sonata Musim Salju @hazamiofficial juga merupakan peserta #gegarvaganza #kasiup1kali

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on


Mengulas mengenai GV4, Hazami memberitahu penyertaannya dalam program tersebut adalah disebabkan oleh peminat.

“Saya rasa terharu apabila para peminat tidak henti-henti memujuk saya untuk sertai GV sejak dari musim pertama lagi.

“Saya rasa sebak melihat sokongan yang diberikan oleh mereka.

“Jadi saya ambil keputusan untuk melakukan ini demi peminat dan juga ibu saya.

“Terima kasih kerana anda (peminat) semua tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya,” ujarnya.

Selain Hazami, 11 bintang GV4 lain ialah Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, dan Ferhad.

Konsert pertama GV4 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) atau di aplikasi Astro Go dan On Demand.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam bermula 16 Oktober ini.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Foto: Instagram Hazami

Teks oleh: Mya Amri