"Baju Macam 'Scallop' Langsir" - Ini Jawapan Shahir

16 Oktober 2017. 8.00 PM
6,721
Hiburan

Konsert AF Megastar separuh akhir menyaksikan hanya lima bintang layak untuk berentap di pentas akhir minggu hadapan.

Namun, ketika berlangsungnya konsert separuh akhir AF Megastar malam tadi, ada antara penampilan bintang yang dilihat kurang mempesonakan di mata penonton.

Shahir antara bintang yang menjadi mangsa kritikan netizen di Twitter apabila baju kurta moden yang dipakainya untuk persembahan lagu solo malam tadi disifatkan mirip baju muslimah.
 

Malah, ada yang merasakan penampilannya tidak kena dengan lagu Warkah Buatmu (nyanyian asal Ara AF2016).

Hal itu bagaimanapun tidak dilihat perkara yang terlalu serius bagi Shahir namun akan lebih menitik beratkan penampilannya pada konsert akhir nanti.

"Setiap minggu saya dan pengurusan akan sentiasa memastikan penampilan saya di pentas terurus dan bersesuaian dengan konsep persembahan.

"Malah, kami juga memvariasikan penampilan saya daripada minggu ke minggu.

"Kalau dia tak sesuai di mata peminat atau penonton, kami akan menambah baik selepas ini," katanya kepada Astro Gempak.

Namun, tidak semua mengkritik penampilan Shahir. Ada juga peminat yang memuji busana yang dipakai pelantun lagu Aku Yang Berdosa itu.



AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari  www.watchod.com

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @akademi_fantasia

Artikel Berkaitan