Wajah anggota Kumpulan Big Bang, T.O.P, telah dikaburkan oleh stesen televisyen KBS gara-gara pihak produksi 'May I Sleep Over' memboikot penyanyi itu yang sebelum ini terlibat dengan penggunaan dadah jenis marijuana.

Menurut laporan Koreaboo, ini merupakan salah satu cara stesen berkenaan memboikot penyanyi itu akibat kesalahan yang dilakukan oleh T.O.P.

Rata-rata peminat yang menonton rancangan tersebut mengakui kesal dengan tindakan yang dilakukan dan mereka beranggapan bahawa T.O.P tidak seharusnya terus dihukum.

Menerusi program travelog itu, wajah T.O.P. telah dikaburkan apabila dua pengacara Lee Sang Min dan Kim Jong Min berada di sebuah rumah peminat penyanyi itu di Rome, Itali.

Mereka telah menumpang di rumah seorang peminat bernama Martha selama satu malam sebelum memaparkan keadaan rumahnya itu.

Apabila berada di rumah Martha, mereka terkejut melihat banyak poster Big Bang dan ketika kamera memfokuskan ke arah poster-poster itu wajah T.O.P. dikaburkan sebelum disiarkan di TV.

Sumber: Koreaboo